Wednesday, January 21, 2015

Jangan Nak Tunjuk Sangat Kalau Bukan Pun Menunjuk-Nunjuk

Manusia ni memang gemar menunjuk-nunjuk. Semua nak eksyen. Maka orang lain pun sakit hati. Sakit hati ni pun satu hal. Ia satu penyakit dalam hati. Ia juga satu jenis penyakit jiwa. Namun itu di luar topik. Bab sakit hati yang juga sakit jiwa ni akan dibincangkan kemudian. Sekarang kita nak cerita perihal manusia yang suka menunjuk-nunjuk.

Menunjuk-nunjuk tu adakalanya bagus juga malah sesuatu yang sangat baik. Misalnya seseorang itu berkahwin maka adalah digalakkan menunjuk-nunjuk yang dia sudah kahwin. Di sini menunjuk-nunjuk itu namanya pengisytiharan. Maka bila diisytiharkan dan selepas itu mereka kelihatan berdua-duaan maka tidaklah timbul fitnah. Orang pun tahu oo si anu tu jalan dengan lakinya atau bininya.

Kewujudan media sosial antara medan yang kita dapati ramai orang suka menunjuk-nunjuk. Kalau boleh semua pun dia nak tunjuk. Pertama-tama kalau dia cantik maka dirinya lah yang dia paling nak tunjuk. Rumah dia cantik dia nak tunjuk. Dia ada kereta besar yang cantik pun dia nak tunjuk. Anak dia masuk Universiti atau Kolej pun dia nak tunjuk. Anak dia grad dari Universiti atau Kolej pun lagilah dia nak tunjuk. Dia nak solat dhuha atau baca Yassin atau Mathurat pun dia nak tunjuk. Ada tu pulak dia nak "mentekedaghah" pun dia nak tunjuk apa yang dia nak baham.

Kebanyakan kaki-kaki menunjuk-nunjuk tu memanglah kadang-kadang dia tak menunjuk-nunjuk secara direct. Misalnya "Apalah hubby cayang I ni ... Asek dia aje yang nak pakai BMW. Kita ni di suruh pakai Honda Accord je".. Cewaaa.. nampak macam mengeluh tak dapat guna BMW tapi hakikatnya dia nak bagi tau dia ada dua bijik kereta berjenama yang tentunya bukan Proton atau Perodua..

Dalam pada tu ada juga yang tertera pada wall mereka "Penatnya mengemas, seronok juga kalau dapat tinggal kat appartment atau condo yang kecik-kecik tu kan, tak de lah penat mengemas...." Haaa orang macam ni memang nampak dia tak menunjuk dan hanya bercertia dia penat tapi apa yang dia nak ialah orang akan komen atau lebih tepat lagi orang akan bertanya "You tinggal kat mana Tuti?" Bila dah disoal begitu maka memang maka dia pun akan bukak tirai wayang  "I tinggal kat Tropicana". Haaa begitulah misalnya...
Ketahuilah semua itu dunia. Semua itu sementara. Bukan hanya sementara di dunia malah di dunia ini pun semua itu pun tidak kekal. Hari ni kelihatan berbahagia dengan keluarga maka dia pun berceritalah dan bergambarlah menunjuk-nunjuk dia hidup bahagia dengan keluarga. Esok lusa tengok-tengok dah bengkak muka kena belasah dengan laki atau bini buat hal tarok garam dalam kopi sebab marah dia layan telefon dengan awek entah mana berjam-jam.

Hari ni tunjuk anak masuk Universiti atau Kolej, esok lusa dah keluar suratkhabar atau TV anak kena cekup berkhalwat kat hotel bajet. Hari ni bercerita anak dah grad dapat CG flying colors last-last tahun depan anak kena tangkap rasuah. Maka seelok-eloknya tak payah lah kita ni nak menunjuk betapa baik atau bagus sangat kita ni. Semua tu takkan kekal punya.

Ada satu pesen manusia ialah jenis yang tak berhati perut lansung. Nak makan pun siap ambik gambar tunjuk dekat media sosial yang dia sedang nak makan benda sedap. Pernah aku terbaca satu masa dulu satu universiti di Canada yang menyatakan orang yang berbuat demikian adalah orang yang ada sakit mental.Itu sangat-sangat tidak dinafikan samasekali. Orang yang ambil gambar tu tak terfikir ke kalau-kalau anak-anak orang lain yang tak berapa nak mampu ternampak makanan yang sedap-sedap yang awak makan tu. Maka terkulat-kulatlah budak-budak tu. Semuanya angkara para pesakit mental yang tidak berhati perut kerana jiwa sudah sakit asek nak tunjuk apa di mentekedaghah.

Jadi hidup ni kan eloklah bersederhana dan tak payah menunjuk-nunjuk.

No comments:

Post a Comment